Sha Salwa

Nama diberi, Shahidah Salwa Binti Hassan dan dikenali sebagai Sha Salwa. Dilahirkan pada 20 Januari di sebuah Daerah di Kelantan. Anak bongsu dari 7 beradik. Mendapatkan pendidikan tertinggi di sebuah Kolej di Kelantan dalam bidang Psikologi dan Pengajian Islam. Kemudian menyambung pelajaran dalam bidang Jurubahasa Isyarat Malaysia di Malaysian Sign Language Training Center (MySL TC) atau Pusat Latihan Jurubahasa Isyarat Malaysia di Selangor di bawah kendalian Malaysian Federations Of The Deaf (MFD), JKMM dan IUCTT. Pernah berkhidmat sebagai Jurubahasa Isyarat selama hampir 10 tahun dan terlibat dengan pelbagai NGO dan Kerajaan. Sekarang selesa bergerak sebagai Freelancer. Mula menyertai CeriteraFM pada tahun 2020 dan menjadi Deej di Studio Delima pada 1 Januari 2021.