Penghargaan dari KISMy

Terima kasih kepada KISMy (Komuniti Menulis Malaysia) yang telah memberikan penghargaan kepada saya kerana membantu dalam mempromosi program yang diadakan gabungan bersama CeriteraFM sedikit masa lalu. Empat sesi siaran langsung melalui “Facebook” telah diadakan bertajuk “Temubual eksklusif antologi puisi keindahan dan keistimewaan setempat pada,

  1. 19 Julai – Zon Timur
  2. 23 Julai – Zon Tengah dan Selatan
  3. 26 Julai – Zon Utara, dan
  4. 30 Julai – Zon Malaysia Timur dan Wilayah Persekutuan.

Panel yang telibat merupakan editor KISMy dan Penyelenggara setiap zon serta tetamu istimewa zon setempat yang merupakan tokoh budayawan seperti Roslan Madun, Dr Raymon Marjumah, Prof Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rusli Saludin dan Ahmad Ramli.

Kerjasama di antara KISMy dan Ceritera telah dipersetujui bersama dan KisMy telah menjadikan CeriteraFM sebagai penyiar rasmi aktiviti pilihan yang dijalankan oleh KISMy.

KISMy ialah singkatan bagi Komuniti Menulis Malaysia yang diasaskan oleh Wacana Minda juga selaku Setiausaha Agung Persatuan Penyair Malaysia. Beliau ialah penerima Anugerah Tokoh Bahasa Melayu Sektor Pendidikan 2020.

KISMy telah menerbitkan beberapa buah buku sejak 2020 antaranya Suara Dalam Dinding 2020 (Esei dan Memorabilia), Nyanyian Baruh Hujan Januari (Puisi Dwibahasa) dan juga “travelog” dengan judul Sesayap Kenangan Sesayup Rindu.

Bagi Projek Penulisan Mega Antologi Puisi Keindahan dan Keistimewaan Setempat ialah projek keempat yang sedang diusahakan. Projek yang ditangani oleh 28 orang penyelenggara ini bakal memuatkan puisi berkaitan dengan keunikan dan keindahan yang terdapat di negeri dalam Malaysia juga tidak diketahui ramai.

Shares