29 March 2024

Teater Sel Akhir telah dianugerahkan Teater Virtual Terbaik pada malam Anugerah Teater Malaysia di Kompleks Kraf Jalan Conlay Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Kementerian Seni Budaya dan Pelancongan (MOTAC) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Sebuah program penjenamaan semula dari Festival Teater Malaysia. Program ini merupakan program yang akan memberi pengiktirafan kepada semua penggiat teater Malaysia dalam pelbagai kategori dan genre. Penilaian akan dibuat bagi kegiatan/aktiviti teater yang dilaksanakan pada tahun 2020 – Ogos 2022. Terdapat 30 kategori anugerah yang akan diberi.

Sel Akhir yang turut menampilkan pelakon popular Wan Raja oleh Persatuan Seni Ceritera pula memenangi anugerah Teater Virtual Terbaik.

Semua karya untuk Anugerah Teater Malaysia 2022 anjuran MoTac dan JKKN ini diadili oleh panel juri terdiri daripada Mior Hashim Manap, Hamzah Mohamed Tahir, A Wahab Hamzah, Taufik Ibrahim, Mohd Kamarulzaman Taib @ Che Kem, Ling Ian Christopher, Fasyali Saipul Bahri dan Dr Norzizi Zulkafli sebagai Ketua Juri.

Majlis ini turut menyaksikan bekas Ketua Pengarah Istana Budaya, Supiat Mukri dianugerahkan Anugerah Khas Ketua Setiausaha Negara (Tokoh Teater Sepanjang Zaman) Anugerah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTac), Datuk Saraya Arbi.

About Author

Shares