28 April 2024

Anugerah Seni Budaya ketegori SINAR SENI

Pada 21 Oktober 2023, Persatuan Seni Ceritera Seni Ceritera telah dicalonkan untuk Anugerah Seni Budaya 2023 dalam Ketegori Anugerah Sinar Seni. Kami di Persatuan Seni Ceritera sangat berbesar hati di atas pencalonan ini. Satu penghormatan kepada kami Persatuan Seni Ceritera yang baru berusia 10 tahun telah dilihat sebagai salah satu NGO Kebudayaan dan kesenian yang aktif di Negeri Selangor. Semoga dengan pencalonan ini akan menaikkan lagi semangat kami di Persatuan Seni Ceritera untuk memberikan produk-produk kesenian dan kebudayaan dan berkualiti dimasa hadapan. Kami juga ingin mengucapkan Tahniah kepada Ibu Datuk Hajah Fauziah Nawi yang telah dianugerahkan sebagai Tokoh Seni Budaya Selangor 2023. Semoga persatuan seni Ceritera dan CeriteraFM akan terus bersinar di masa hadapan insyaallah. Terima kasih diatas sokongan rakan-rakan sekelian.


Sheikh Shuhaimi
Pengerusi Persatuan Seni Ceritera

About Author

Shares