17 April 2024

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi menyokong Persatuan Seni Ceritera (PSC) . Ceritera FM ini baru di wujudkan oleh Persatuan Seni Ceritera  kepada semua yang pengikut-pengikut Persatuan Seni Ceritera dan juga orang ramai yang mahukan sesuatu yang lain dari bidang Teater tetapi tidak terkeluar dari jaringan dan rangkaian kebudayaan dan kesenian yang menjadi teras kepada Persatuan Seni Ceritera ini .

Persatuan Seni Ceritera (PSC) telah didaftarkan melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 23 Januari 2013 dengan nombor pendaftaran PPM-028-10-23012013 . Operasi persatuan ini dilaksanakan di alamat B-K-2-15 Blok Kenari, Taman Wirajaya Penjara Kajang, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. Persatuan ini dianggotai oleh penggiat-penggiat seni dan sastera yang mempunyai pengalaman lebih dua puluh tahun dalam bidang tersebut.

Program yang telah dijalankan :

  1. 13 April 2013 ’Bengkel Lakon Lanjutan’ , ’Bengkel Sinografi’ dan  ’Bengkel Pemurnian Skrip’ di Astaka, Universiti Putra Malaysia Serdang. 
  2. 27 April 2013 pementasan teater ’Jahanam’ (adaptasi dari naskah ibu oleh Hamli Hamdan) bersempena Festival Teater Interkolej di Uiversiti Putra Malaysia Serdang
  3. 6 Jun 2013 Bengkel Asas Teater di Sekolah Tunas Bakti (P) Marang Terengganu
  4. 7-8 Jun  2013 pementasan teater ’Ayah’ karya Moh Azam Rezali di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Terengganu.
  5. 23 Jun 2013 mengikuti Festival Teater Selangor dengan pementasan teater ’Ayah’ (kategori teater moden ) dan mendapat anugerah tempat yang ketiga.
  6. 29 Jun 2013 mengikuti Festival Teater Selangor dengan pementasan teater ’Jalur-jalur di Padang Ilalang’ (kategori monodrama) dan mendapat anugerah pelakon terbaik, sinematografi terbaik, pengarah terbaik dan johan keseluruhan bagi kategori tersebut.
  7. 22 – 24 November 2013, Bengkel Seni Kreatif di Batu Kurau Perak dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.
  8. 25 April 2013 penilaian persembahan monodrama ’ Jalur-jalur di Padang Ilalang’ untuk Festival Teater Malaysia.
  9. 23 dan 26 Mei 2014 Persembahan Teater ’Bomoh Darai’ di Auditorium DBP Kuala Lumpur.
  10. 24 dan 25 Mei 2015 Persembahan Teater ’Duri Hati’ di Auditorium DBP Kuala Lumpur.
  11. 9 November 2015 Mengikuti Festival Teater Selangor dengan naskah ’Jalan Mati’ dan mendapat anugerah Johan Keseluruhan, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik.
  12. 12 dan 13 Februari 2016 Penilaian persembahan teater ’Jalan Mati’ untuk Festival Teater Malaysia dan layak bertanding ke peringkat akhir enam terbaik.
  13. 22 November 2016 Mengikuti Festival Teater Malaysia dengan naskah ’Jalan Mati’ dan mendapat anugerah Naib Johan Keseluruhan, Pengarah Terbaik dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik.
  14. 12 – 15 Mei 2017 Persembahan Bangsawan Cincin Naga Api di Auditorium DBKL.
  15. 4 – 6 Julai 2018 Persembahan 4 monodrama dalam Pementasan Eksistensi Jiwa di Auditorium JKKN Wilayah Persekutuan KL.
  16. 4 Disember 2018 Persembahan Teater Murtad bersempena Minggu Teater Selangorku 2018 di Auditorium Daeng Celak, Muzium Shah Alam
  17. 7-9 Disember 2018 co-host pertandingan monoteater bersama PADAT bersempena Minggu Teater Selangorku 2018 di Auditorium Daeng Celak, Muzium Shah Alam
  18. Menjadi rakan jurulatih untuk Kolej Pendeta Za’ba UKM untuk Festival Teater UKM (FESTER) dan antara produk yang dihasilkan adalah teater Dima Apandi (2016) dan teater Topeng (2017). Teater Topeng turut muncul sebagai juara FESTER 2017 serta membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Harapan Wanita Terbaik.
  19. Gempita Sastera Sasterawan Negara Datuk Dr Zurinah Hassan Mengadap Ke Pelabuhan  3 Disember 2019, PADAT Selangor.
  20. Sel Akhir 20 hingga 22 Disember 2019 – Studio Stafani Ampang
  21. Sel Akhr (2) 28 Feb 29 2020 dan 1 Mac 2020 – Studio Stafani Ampang

Pengerusi Persatuan Seni Ceritera
Tuan Sheikh Shuhaimi Sheikh Abdul Rahim

About Author

Shares