26 April 2024

Faizal Muzni atau singkatannya FM merupakan seorang penyiar yang menyertai CeriteraFM sejak awal penubuhannya. Beliau memulakan tugas sebagai penyiar di iRadio sejak tahun 2006 bila memohon bersiar di NasyidFM dan masih bersiar di radio yang sama pada masa ini. Pada suatu ketika aktif bersiar dalam program yang dikendalikan oleh Dj Kong Eu TraXXFM yang membincangkan isu-isu alam sekitar di rantau Nusantara. Beliau juga pernah terlibat dalam penubuhan sebuah radio frekuensi di Desa Harapan Jaya, Inderagiri Hilir (InHill), Riau yang diberi nama SelasihFM bersiaran di frekuensi 107.7 MHz pada Julai 2012. Program penyiaran radio ini adalah salah satu program pembangunan desa di Indonesia atas dana yang disumbangkan dalam program APFP (Asean Peatland Forest Program) dan SEAPeat (South East Asia Peat) oleh Kesatuan Eropah (EU) dan United Nation (UN)

Tugasan beliau tidak terhad di situ sahaja tetapi, telah bersama beberapa iRadio yang lain seperti DesaFM, SeriFM, KaryaFM, LTFM, DelimaFM dan SukmaFM adalah yang terakhir sebelum menyertai CeriteraFM. Kegemaran beliau adalah penulisan kreatif dan meminati puisi. Jika ditanya mengapa ?, katanya penulisan puisi adalah penulisan secara abstrak. Tidak ada yang salah atau yang benar manakala maksud yang tersirat adalah datang dari penulisnya. Pembaca boleh menterjemahnya dengan makna yang tersendiri. Beliau ada juga menulis cerpen dan novel tetapi tidak pernah diterbitkan kerana beliau katanya tidak mahu bertanggung jawab jika penulisannya membawa emosi yang negatif kepada pembaca.

Puisi-puisi beliau boleh didapati dalam bentuk video di https://www.youtube.com/user/mzfaizal dan blog dalam bentuk penulisan di http://fm.ceriterafm.my

About Author

Shares