26 April 2024

Nama sebenar Noor Mala binti Othman. Berasal dari Tumpat, Kelantan. Masih dalam pengajian Doktor Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn, Malaysia. Beliau bertugas secara hakiki sebagai pensyarah kanan di Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Genting Highland, Pahang. Sebelum ini beliau adalah kaunselor sepenuh masa di Kolej Vokasional Temerloh, Pahang.

Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Kaunselor Pendidikan Malaysia (PEKA) dan kaunselor berdaftar dan juga peserta Kursus Certified NLP Coach. Sebelum melanjutkan pengajian beliau adalah pengerusi Persatuan Kaunselor KV/SMT Negeri Pahang dan jawatankuasa induk Persatuan Kaunselor KV/SMT Kebangsaan. Aktif sebagai urusetia iaitu terlibat sebagai pengacara bagi setiap program PEKA kebangsaan dan antarabangsa, pengacara Majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Vokasional Kebangsaan dari tahun 2015 hingga 2018. Pernah terlibat sebagai moderator Forum Symposium on Postgraduate Research & Publication di UTHM, penceramah bengkel Pengacaraan Pengucapan dan Pengacaraan dan juga sebagai urusetia program Corporate Social Responsibility (CSR) PEKA di Komuniti Kelantan.


Menyertai pelbagai bengkel dan seminar penulisan ilmiah dan penerbitan jurnal berimpak tinggi. Pernah mendapat Anugerah Perak Pertandingan Inovasi dan Kreativiti Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2019 dengan ciptaan inovasi “MY YES”.


Minat dan pengalaman sebagai pengacara dalam pelbagai majlis di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan telah mendorong beliau dalam penulisan dan telah berjaya menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Himpunan Teks Pengacaraan Majlis dan e-book. Selain itu menghasilkan artikel jurnal iaitu Model Kesediaan Kerjaya Ke ARah Kebolehpasaran Graduan di Malaysia, The Impact of Environmental Policies That Infuence Market, 2019 diterbitkan dalam International Journal of Recent Technology and Engineering (IJRTE).


Bidang pengacaraan merupakan bidang yang diminati oleh beliau dan peluang yang diberikan oleh Ceritera FM sebagai penyiar adalah platform terbaik untuk melebarkan bakat. Dj Mek Nor dari Studio Puteri Saadong impian yang tertangguh telah direalisasikan di Ceritera FM. Radio Hiburan Berinformasi Anda.

About Author

Shares