25 April 2024

Khusiary Effendy bin Mahayuddin atau lebih di kenali di kalangan orang seni sebagai Khusiary Mahayuddin atau BOSS FENDY. Beliau tidak asing lagi dalam persada arena seni teater. Bertugas di Jabatan Penjara Malaysia dan sebagai Penyelaras Unit Kebudayaan Dan Kesenian di Jabatan Penjara Malaysia. Anak kelahiran Negeri Pulau Pinang dan bergiat aktif dalam seni persembahan sejak dari bangku sekolah. Berpendidikan tertinggi di peringkat ijazah sarjana muda (Barchelor) di Universiti Sains Malaysia. Di awal usianya telah di beri pendedahan melalui kesenian seperti tarian, lakonan, teater , nanyian dan sangat aktif di dalam bidang seni teater Banyak terlibat di dalam program kesenian di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa melalui persembahan-persembahan yang diikuti. Pernah terlibat dengan pertandingan antara kementerian dengan pementasan Wira Samudera, Puteri Li Po, dan banyak lagi.

Mempunyai semangat yang kental dalam menghadapi pelbagai rintangan demi memartabatkan sebuah seni teater sebagai wadah perjuangan budaya seni bangsa untuk melahirkan insan yang cemerlang dari pelbagai aspek terutamanya pendidikan, kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan pewaris budaya bangsa yang berilmu.

KEJAYAAN

• Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Teater Selangor 2001 teater ‘ANDAI’

• Pengarah Teater Terbaik Festival Teater Selangor 2015 Teater “JALAN MATI”

• Pengarah Teater Terbaik Festival Teater Malaysia 2016 Teater “Jalan Mati”

• Pengarahan teater berjudul :

“Cindai”, “Tamu Di Bikit Kenny”, “Andai”, “Lorong 2/90”, “Sel 62”, “Mainan Jiwa”, “Antara”, “Baik Gila”, “KL Sempit”, “Jeneral Shafiq Marwan Tempias, 11 September”, “Syurga Atau Neraka”, “Delagasi”, “Proses”, “Buai”, “Ayah”, “Bomoh Darai”, “Duri Hati” “ Jalan Mati” “Sel Akhir 1 Dan 2”

• Penglibatan dalam genre bangsawan

“Lela Manja”, “Nujum Pak Belalang”, “Semerah Padi”, “Laksmana Do Re Mi”, “ Siti Zubaidah”, “Merong Mahawangsa”, “Dendam Tantari” “ Cincin Naga Api”

Bidang pengacaraan adalah sesuatu bidang yang baru pada beliau dan sekarang mula di minati dengan menggunakan trademark “SAHABAT GUA” pada awal tahun 2020 beliau telah ditawarkan untuk bersama-sama membina empayar dunia penyiaran radio internet CeriteraFM bersama sama para penyiar yang lain.

About Author

Shares