25 April 2024

Nama sebenar Rozaini Bin Abdul Rahim, berasal dari Bota Kiri, Perak tetapi dibesarkan di Felda Jengka, Pahang. Mendapat pendidikan tertinggi di peringkat ijazah muda (Bachelor) di Universiti Putra Malaysia dalam bidang Komunikasi (Korporat) . Beliau bertugas secara hakiki di UPM dalam bidang pentadbiran sejak tahun 1998 sehingga kini.

Semenjak tahun 1998 atau semasa awal pelantikan beliau di UPM, beliau telah mula menceburi bidang pengacaraan untuk majlis-majlis rasmi di UPM dan pernah menjadi pengacara rasmi untuk Majlis Konvokesyen UPM untuk beberapa sidang. Selain daripada itu, beliau juga terlibat dengan bidang pengacaraan untuk majlis-majlis rasmi untuk beberapa agensi-agensi luar seperti CUEPACS, Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Majlis Sukan Universiti (MASUM) dan pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain.

Beliau juga yang lebih mesra dikenali sebagai Deejay Zainey mula menceburi bidang pengacaraan untuk pelbagai majlis-majlis yang melibatkan banyak individu-individu yang berkenaan dan mempunyai pengalaman hampir 16 tahun dalam mengendalikan pelbagai jenis aktiviti terdiri dari majlis makan malam, hari keluarga dan pelbagai lagi majlis terutama majlis-majlis yang melibatkan perkahwinan melayu.

Bidang pengacaraan adalah sesuatu bidang yang cukup diminati beliau dan dengan menggunakan trademark “Lontaran Suara Luahan Jiwa” beliau telah mula membina nama dalam.bidang ini dari peringkat awal hingga kini . Pada awal tahun 2020 , beliau telah ditawarkan untuk bersama-sama membina empayar dunia penyiaran radio internet Ceritera FM bersama-sama penyiar-penyiar yang lain.

About Author

Shares