20 April 2024

Deej Dr Cy Nancy atau nama sebenar Dr. Hamsiah binti Juki berasal dari Kuching, Sarawak. Lahir pada tanggal 4 Oktober adakah anak kacukan Cina-Iban telah berkahwin dan menetap di Kuala Lumpur sejak tahun 1999 kerana suami merupakan orang Kampung Baru Kuala Lumpur. Tugasan hakiki merupakan pensyarah kanan Institut Aminuddin Genting. Mempunyai kepakaran dalam bidang Sosiolinguistik dan Linguistik dalam bidang doctor falsafah. Mengalami pengalaman menjadi guru selama 23 tahun. Meminati bidang pengacaraan kerana bidang tugas berkaitan. Bidang yang dikaji semasa doktor falsafah lebih kepada bermukun Melayu Sarawak dan banyak penulisan yang berkaitan dengannya dan dibentangkan di dalam dan di luar negara. Mula menjadi Deej di Ceritera FM sejak 16 Jun 2021. Suka lagu yang berkonsepkan balada dan sangat suka memasak dan mengemas rumah.

About Author

Shares