26 April 2024

Assalamualaikum

Buat pertama kali saya menulis di sini sambil mengenangkan pemergian kekanda sulung di Ceritera FM. Sesosok tubuh yang kecil tapi mempunyai hati yang ampuh serta kental dalam menjalani hidup. Beliau yang aku kenal adalah seorang yang mempunyai perasaan kasih sayang yang menebal sentiasa peduli dengan sahabat serta sehingga kami dianggap sebagai adik beradik. Malah menurut anak saudaranya keakraban beliau bersama kami jelas terasa kerana setiap waktu dan ketika selalu menceritakan kisah-kisah kami bersamanya

Tarikh lahir CeriteraFM

Tanggal 7 May 2021, minggu terakhir dalam ramadan 1442 H beliau dipanggil menghadap ilahi setelah seminggu bertarung nyawa di hospital. Beliau dikejarkan ke hospital setelah didapati tidak bangkit dalam tidurnya di ruang yang tidak asing lagi kepada kami iaitu Studio Chandik.

Perkenalan saya bersama Ned Topan atau nama sebenarnya Khairul Azman bin Zainal Abidin, 58 tahun ketika pemergiannya bermula dalam tempoh 3 tahun kebelakangan di sebuah stesyen iradio. Perkenalan semakin akrab sehingga menubuhkan iradio di bawah naungan Persatuan Seni Ceritera pada 4 Ogos 2020 setahun lalu. Bulan ini sembutan tertubuhnya Ceritera FM tanpa kehadiran beliau. “Tag line” Radio Hiburan Berinformasi adalah cadangan yang terus diterima oleh kami dan terus mengabadikannya dan disebut setiap kali penyiar bertugas.

Keakraban lebih terasa ketika kami berkunjung ke studio di rumahnya di Tanah Merah, Kelantan pada bulan Julai 2021. Studio Chandik adalah studio termatrinya 5 sahabat yang dinamai 5 Pang. Kami berjanji untuk bersama mengembangkan Ceritera FM dalam bentuknya yang tersendiri membawa budaya dan kebudayaan Melayu demi mengangkat dan mengembangkan ciri-ciri melayu jika tidak di dunia, mungkin seanterio nusantara.

Secebis kisah yang akan tetap aku ingati sehingga semampunya ku mengingati Abang Ned Topan. Moga Allah merahmatimu dan Allah golongkan dalam puak Abidin dan Solehin.

Ya Allah, Rahmati almarhum Khairul Azman bin Zainal Abidin

About Author

Shares