26 April 2024

Minggu ulang tahun pertama

Tanggal 4 Ogos setiap tahun telah dinobatkan sebagai hari ulang tahun ceritera fm. Tarikh diambil sempena selepas kunjungan ke studio chandik, studio rasmi Almarhum Ned Topan di Tanah Merah, Kelantan.

Pada tahun ini genap setahun ceritera fm tertubuh. Minggu dimeriahkan dengan program-program bermula tanggal 1 Ogos sebagai Pra-ulang tahun dan ditutp pada tanggal 8 Ogos yang menampilan ucapan penghargaan dari pengurusan ceritera fm kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.

Program yang menarik di antaranya Program Puisi Tema “Cinta”, Pertandingan akhir karok rock kapak yang dimeriahkan oleh Empire Rock Kapak dan Empire TV yang diketuai oleh Presidennya Faiz Glamour atau nama “FB” Captain Faiz (https://www.facebook.com/sinaran.ajrk)

Tahniah kepada peserta yang telah menang dalam kuiz serta pertandingan yang telah dijalankan. Hadiah-hadiah yang telah diagihkan kepada pemenang adalah berjumlah lebih dari RM3000.

About Author

Shares