27 April 2024

Salam Maal Hijrah 1443

Kami di ceritera mengucapkan Maal Hijrah atau dikenali juga sebagai Awal Muharam.

Selain daripada bacaan doa akhir tahun dan awal tahun, ucapan atau pantun Maal Hijrah juga sebagai satu tanda kesyukuran dengan tibanya tahun baru Islam Hijrah. Ia merupakan ingatan terhadap lambang pengorbanan dan perpaduan ummat Islam di atas segala perjuangan baginda Rasulullah s.a.w serta Para Sabahat yang telah melakukan Hijrah melalui perintah Allah S.W.T.

Tema sambutan Ma’al Hijrah di Malaysia pada 2021M/1443H ialah “Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti.” Pemilihan tema ini sesuai dengan suasana semasa dalam keadaan negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Semoga dengan tibanya tahun baru Hijrah dapat membawa perubahan dan setiap diri kita untuk berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan.

Hijrah itu pengorbanan iaitu mengorbankan kehendak hawa nafsu yang tidak bertepi.
Hijrah itu perjuangan iaitu mujahadah meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah SWT bukan mudah, namun tidak harus menyerah kalah dan lelah.

Hijrah daripada kebatilan kepada kebenaran
Hijrah daripada kegelapan kepada cahaya
Hijrah daripada penindasan kepada keadilan
Hijrah daripada perpecahan kepada kesatuan

About Author

Shares