27 July 2024

Persembahan Puisi Artistik (PPA)

21 Ogos, Sabtu – Pertemuan yang diadakan pada hari ini bermula jam 3 petang mencapai persetujuan di antara CeriteraFM, PENYAIR (Persatuan penyair Malaysia) dan KISMy (Komuniti menulis Malaysia) untuk mengadakan program secara langsung di http://facebook.com/ceriterafm mengikut ketetapan berikut:

Tajuk : Semarak Puisi Merdeka Penyair Malaysia Edisi ke-4
Tanggal : 30 Ogos 2021
Jam : 9:00 ke 12:10 malam
Tema “Wajah Merdeka Wajah Kita”

Semarak puisi merdeka adalah aktiviti PENYAIR setiap tahun yang bertujuan menyemarakkan sambutan kemerdekaan Malaysia di samping memupuk semangat cinta kepada negara dalam kalangan generasi bangsa.

Persembahan Puisi Artistik (PPA) adalah deklamasi atau persembahan puisi secara berkumpulan sekurang-kurangnya dua orang dengan menggabungkan pelbagai deklamasi, teater, lakon, monolog, lagu, nyanyian, muzik, tari atau secara digital.

Peserta PPA menghantar puisi ciptaan sendiri atau karya sedia ada dengan menyebutkan nama penulisnya dalam persembahan mengikut tema yang telah ditetapkan. Penyertaan dalam bentuk video perlu dipaparkan di FM basng-masing dan FB laman Karya Penyair. Tujuh PPA terbaik akan disiarkan pada malam tersebut. Persembahan ini juga akan menampilkan dua Tokoh Penyair Negara sebagai tetamu undangan.


About Author

Shares